Kawalan ketat menunggu Anwar Azmin didakwa

. Sabtu, 21 Desember 2013

Share 
src="http://static.ak.fbnet/connect.php/js/FB.Share" type

Selasa, 22 Mei 2012



9:24AM Mei 22, 2012
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan, di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Kawasan di sekitar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta telah dikawal oleh pihak polis.


Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.


Ketiga-tiga mereka merupakan kumpulan pertama yang didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.


Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.


Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.


Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.
cananglahnie 

0 komentar: