Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malaysia. Tampilkan semua postingan

Kiram Cabar Malaysia Buktikan 52 Tenteranya Terbunuh

. Rabu, 12 Maret 2014
0 komentar

Kiram Cabar Malaysia Buktikan 52 Tenteranya Terbunuh
Kiram Cabar Malaysia Buktikan 52 Tenteranya Terbunuh - Keluarga Kiram percaya kematian “tentera”nya cuma 10 dan bukan 52 seperti didakwa oleh pihak berkuasa Malaysia, kata jurucakap keluarganya Abraham Idjirani, dan mengatakan ia adalah propaganda untuk menunjukkan kemenangan.
Idjirani berkata, keluarganya mahu Putrajaya membenarkan wartawan luar, terutamanya dari Filipina, untuk memasuki zon konflik di Lahad Datu, bagi mengesahkan jumlah kematian.
“Ente mesti benarkan media tempatan dan luar negara ke zon konflik untuk mengesahkan jumlah kematian. Jika tidak, ia masih boleh diperdebatkan,” katanya yang dipetik dari akhbar The Philippine Star semalam.
Idjirani, yang bercakap bagi pihak Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, mengesahkan hanya 10 dari “tentera Di Raja” Sulu terbunuh dalam serangan dari pihak Malaysia sejak Jumaat dua minggu lalu.
Dalam siaran ABS-CBN semalam, jurucakap Jabatan Luar Negara Filipina (DFA) Raul Hernandez berkata kerajaan masih cuba mengesahkan jumlah kematian warga Filipina di Sabah, dan mereka hanya bergantung dari maklumat yang diberikan oleh Putrajaya.
Agbimuddin yang mendakwa dirinya sebagai putera raja Sultan Sulu, mengetuai sekumpulan bersenjata berjumlah 200 orang ke Sabah, dan berada di negeri timur Malaysia itu sejak 9 Februari.
Penceroboh tersebut berhadapan dengan pasukan keselamatan Malaysia Jumaat dua minggu lepas, selepas tiga minggu perbincangan gagal, dan pertempuran dilaporkan menyaksikan ramai penceroboh Sulu mati, sementara lapan anggota keselamatan Malaysia terkorban.
Malaysia melancarkan serangan secara bersepadu pada pagi Selasa, termasuk serangan udara yang menyaksikan bom dan artileri berat menghujani Kampung Tanduo dimana penceroboh itu berlindung.
Pada Khamis, pihak berkuasa Malaysia mengatakan kematian penceroboh Sulu berjumlah 52, dengan 32 orang terkorban berikutan serangan udara pada Selasa lalu.
Tetapi Idjirani pada semalam berkata pihak Sulu bertempur sekali sahaja, pada hari Jumaat lalu, dimana hanya sepuluh sahaja kematian, dakwanya.
“Kami memanggilnya Pembunuhan Beramai-Ramai 1 Mac,” katanya yang dipetik dari siaran ABS-CBN News.
Memetik dari Agbimuddin, Idjirani berkata 235 tentera Sulu, setakat ini 10 kematian, 10 ditahan dan empat cedera. Agbimuddin kali terakhir dihubungi oleh keluarganya di Filipina pada 2.30 petang semalam, menurut laporan dari Phillipine Daily Inquirer, dan berkata beliau dan tenteranya masih hidup dan dalam pelarian, tetapi menghadapi kelaparan.
Akhbar itu melaporkan Agbimuddin dan tenteranya berkumpul semula dan berjaya melepasi serangan bertubi-tubi pasukan keselamatan Malaysia, yang menuju mereka di kawasan berbukit.
“Mereka terus bergerak, bukan dengan bot atau sebarang pengangkutan, tetapi dengan berjalan kaki. Mereka menderita akibat kelaparan,” kata Idjirani lagi.
Sepupu Agbimuddin Jacel Kiram mengatakan serangan dari pasukan keselamatan Malaysia sebagai “keganasan maksima”, berbanding permintaan Manila untuk “toleransi maksima” sebelum serangan Selasa lalu.
Bagaimanapun, “puteri diraja” Sulu berkata arahan gencatan senjata dari Sultan masih berlangsung dan tentera di Sabah dinasihatkan untuk terus bertahan.
“Arahan kepada mereka adalah sentiasa untuk bertahan, hanya bersedia untuk sebarang serangan. Cuma bertahan, jangan serang,” katanya lagi.
Malaysia menolak permintaan keluarga Kiram untuk gencatan senjata pada Khamis, sebaliknya menuntut penceroboh itu meletakkan senjata dan menyerah tanpa syarat.- TMI
Read More..

Tenaga Kerja Mahir Kelebihan Malaysia

. Senin, 24 Februari 2014
0 komentar

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Selasa menegaskan bahawa Malaysia mempunyai kelebihan istimewa di rantau ini kerana memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi, pelbagai budaya dan berupaya menguasai pelbagai bahasa.

Katanya dengan memiliki ramai bakat berkemampuan, pelbagai dan diketahui sejagat mampu memenuhi keperluan pelabur global, Malaysia menarik pelaburan berjumlah RM162.4 bilion pada 2012, pencapaian tertinggi dan membanggakan setakat ini, dalam keadaaan ekonomi global yang tidak menentu.

“Ini membuktikan kemampuan kami untuk membuat penyesuaian serta menyokong pasaran Asia dan ramai pengurus Malaysia kini menerajui operasi syarikat multinasional (MNCs) global di rantau dunia sebelah sini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada forum anjuran Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) bertajuk ‘Era Asia: Perspektif Malaysia’ di sini Selasa.

Muhyiddin berkata untuk memastikan sistem pendidikan Malaysia berkembang seiring dengan ekonomi global yang berdaya saing, baru-baru ini, Kementerian Pendidikan mengeluarkan Rangka Tindakan Pendidikan negara yang meliputi tempoh 12 tahun.

“Oleh kerana pendidikan merupakan keutamaan nombor satu kami, maka bajet negara kami memperuntukkan RM100 juta bagi meningkatkan prestasi pendidikan dan latihan kemahiran,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata kini terdapat 20 universiti awam dan 21 universiti swata serta lebih 400 kolej, politeknik dan institut latihan perindustrian di seluruh Malaysia.

Katanya bagi melengkapi usaha kerajaan, sektor swasta menubuhkan banyak institusi pendidikan yang melahirkan ramai tenaga kerja mahir dalam bidang profesional dan separa profesional.

“Sebagai hab pendidikan di rantau ini, Malaysia bukan sahaja menarik pelajar antarabangsa, tetapi juga universiti asing untuk membuka kampus cawangan di seluruh negara ini,” katanya.

Muhyiddin berkata di samping pendidikan formal, institusi latihan awam seperti sekolah teknik, institut latihan perindustrian, politeknik dan pusat pembangunan kemahiran juga dibuka di seluruh negara untuk memenuhi keperluan sektor industri yang sentiasa berkembang.

Melalui usaha kerjasama, beberapa institut kemahiran lanjutan antarabangsa ditubuhkan di negara ini seperti Institut Jerman-Malaysia, Institut Malaysia-Perancis, Institut Teknikal Jepun-Malaysia, Institut British-Malaysia dan Institut Malaysia-Sepanyol.

“Dalam lawatan ke luar negara baru-baru ini, saya mengadakan pertemuan dengan kapten industri, saya juga mencadangkan agar pelabur dan syarikat asing mengadakan kerjasama strategik dengan universiti tempatan,” katanya.

Muhyiddin berkata langkah itu boleh menjadi cara berkesan untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor khusus yang amat diperlukan pelabur asing.

Katanya Malaysia juga mampu memberi sumbangan besar ke arah kemakmuran berterusan Asia.

Menurut beliau Malaysia mendapati ia berada dalam kedudukan yang amat baik untuk menjadi jambatan yang menghubungkan Asia dengan rantau lain di dunia dalam bidang ekonomi dan geopolitik.

“Ketika ia berusaha secara agresif untuk mencapai status negara maju, Malaysia bertuah kerana mendapati ia mempunyai kedudukan yang begitu strategik di rantau paling pesat berkembang di dunia ini,” kata Muhyiddin. – BERNAMA
Read More..

Asal Usul Nombor Plat Kereta Malaysia

. Jumat, 31 Januari 2014
0 komentar

Asal-Usul Nombor Plat Kereta Malaysia

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama.
Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.
Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu.
Malah, pada masa tersebut, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.
Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.
Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.
Menurut penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).
Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :
A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -G1M–GAGASAN 1 MALAYSIA
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor
sumber

Read More..