Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan
MB Kedah tidak tahu dalang kurung Phahrolrazi
Label: dalang, kedah, kurung, mb, phahrolrazi, tahu, tidaksinarharian
28 Mac 2013
28 Mac 2013
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
ALOR SETAR - “Saya tiada kaitan isu Phahrolrazi dikurung,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhubung dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan insiden terbabit.
Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau tidak tahu menahu pembabitan mana-mana pihak dalam isu terbabit, walaupun timbul dakwaan mengatakan exco kerajaan negeri itu, yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dihalang mengadakan ceramah oleh penyokong pro-Azizan.
“Ketika kejadian, saya tiada di tempat itu, saya ada di tempat lain. Kenapa pula kaitkan saya terlibat? Saya banyak kerja lain untuk dibuat,” katanya.
Azizan turut menafikan dakwaan yang mengatakan penyokong beliau di kawasan Dun Sungai Limau diarahkan untuk menghalang Phahrolrazi mengadakan ceramah di kubu kuatnya.
“Di Kedah, semua penyokong saya sebab saya ketua parti di sini. Tidak timbul isu penyokong saya atau pemimpin lain,” katanya.
Pada 16 Mac lalu, Phahrolrazi dipercayai dikurung pihak tertentu bagi menghalang beliau mengadakan ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau.
Phahrolrazi didakwa ‘dikunci’ selama dua jam di Sekolah Agama Nahdzah Bukit Besar, dalam perjalanan ke lokasi ceramah, yang merupakan kubu kuat Azizan.
Ekoran itu, Pemuda Gerakan Kedah membuat laporan polis berhubung kejadian, 20 Mac lalu, susulan beberapa ahli Pas kawasan Sungai Limau membuat laporan polis, 17 Mac lalu.
Bagaimanapun, bekas pengetua sekolah itu, Nasir Othman menafikan dakwaan, sebaliknya menegaskan beliau hanya menasihati supaya Phahrolrazi tidak hadir ke lokasi ceramah anjuran persendirian itu kerana bimbang berlaku kekecohan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab pada 25 Mac lalu, mengesahkan polis sudah mengambil keterangan beberapa individu yang dipercayai terlibat dengan insiden itu.
Pergeseran antara Azizan dan Phahrolrazi sering dibangkitkan, terutama selepas berlaku krisis exco awal tahun lalu, di mana Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh enggan angkat sumpah jawatan exco kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Azizan dalam isu pentadbiran.
Sejak itu, wujud persepsi kononnya Azizan-Phahrolrazi berseteru dan wujud puak dalam Pas Kedah.

SPRM tidak ambil keterangan Deepak arah serah bukti minggu depan
Label: ambil, arah, bukti, deepak, depan, keterangan, minggu, serah, sprm, tidakOleh Md Izwan
January 18, 2013
Deepak Jaikishan di luar pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya, 18 Januari 2012. – Gambar oleh Choo Choy May
Deepak yang ditemui di pejabat agensi tersebut di Putrajaya memberitahu kepada wartawan bahawa semasa pertemuan dengan pegawai SPRM beliau telah diarahkan untuk menyerahkan bukti pada Selasa atau Rabu minggu depan.
“Hari ini tiada keterangan diambil oleh SPRM, saya pada mulanya ingatkan mereka akan ambil keterangan hari ini.
“Tetapi, pegawai yang mengendalikan kes saya menyuruh saya untuk pulang dan datang semula pada minggu depan untuk menyerahkan semua bukti dan dokumen,” kata Deepak kepada The Malaysian Insider.
Apabila ditanya bentuk dan jenis dokumen yang akan diserahkan, Deepak akan menyerahkan beberapa bentuk dokumen perjanjian dan juga kewangan yang melibatkan SD kedua Bala.
“Dokumen yang akan diserahkan mungkin seperti perjanjian dan kewangan,” terang beliau.
Dalam laporan The Malaysian Insider awal hari ini, Deepak menyatakan telah menerima arahan supaya hadir ke pejabat SPRM bagi memberikan keterangan melibatkan SD kedua oleh Bala berkenaan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.
“Ya, SPRM panggil saya berhubung dengan SD kedua Bala,” kata Deepak dalam mesejnya.
“Saya akan dedahkan semuanya secara bertulis kepada SPRM hari ini.”
Misteri identiti peguam tersebut timbul sejak SD kedua oleh Bala, ia bertarikh sehari selepas yang pertama pada 3 Julai 2008 melibatkan pembunuhan Altantunya hingga menyebabkan dua anggota elit komando polis telah didakwa dan menghadapi hukuman mati.
Dalam sidang medianya selepas itu, Balasubramaniam, ditemani oleh peguam M. Arulampalam telah menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan mengatakan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.
Beliau kemudian membuat akuan bersumpah kedua, yang kemudiannya didakwa beliau pada 2008 dilakukan oleh peguam lain tanpa persetujuannya.
Isu pembunuhan Altantunya dan SD Bala ini kembali mendapat perhatian umum selepas Deepak baru-baru ini mengakui beliau terlibat dalam mempengaruhi SD kedua Bala.
Beliau juga telah mendedahkan penglibatan seorang “Tan Sri” dalam SD tersebut dan kemudiaannya peguam senior Datuk Zaid Ibrahim juga membuat kenyataan susulan bahawa individu tersebut memegang kedudukan dalam panel Suruhanjaya SPRM. TMI
Kerajaan Tidak Akan Sekat Akses Facebook
Label: akan, akses, facebook, kerajaan, sekat, tidak
KUANTAN – Kerajaan tidak akan menyekat akses akaun laman sosial Facebook atau laman-laman web yang lain kerana ia memberi banyak faedah kepada masyarakat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, walaupun terdapat pihak yang menyalahgunakan laman web atau laman sosial seperti Facebook untuk menyebar fitnah tetapi bukan semua terbabit dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
“Menyekat Facebook bukanlah satu pilihan yang baik. Ini kerana kita tahu ia banyak membawa faedah berbanding penyalahgunaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Di negara kita ada 16 juta pemilik akaun Facebook dan antara pemilik akaun itu ialah pelajar berumur lapan tahun, dan mereka ini tidak terlibat dalam penyalahgunaan media sosial seperti Facebook untuk melemparkan fitnah atau tohmahan kepada pihak lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di projek pemasangan gentian optik untuk jalur lebar sepanjang 10,000 kilometer dari Cherating ke Jepun oleh firma Time.com Berhad di Pelabuhan Kuantan di sini Rabu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Time.com, Afzal Abdul Rahim.
Ahmad Shabery diminta mengulas mengenai desas-desus yang mendakwa kerajaan akan mengikut jejak langkah negara lain yang menyekat akaun Facebook kepada rakyat berikutan penyalahgunaan akaun berkenaan yang membawa keburukan kepada masyarakat.
Mengulas perkara itu, Ahmad Shabery berkata ibu bapa adalah pihak yang bertanggungjawab menyemai dan mendidik anak-anak agar mereka dapat menggunakan media sosial dan internet dengan bijak dan lebih bertanggungjawab.
“Kita kena pakat ramai-ramai tolak orang yang suka bercakap bohong dan melemparkan tohmahan serta fitnah menerusi laman sosial…orang seperti ini tidak ada integriti dan sentiasa akan diawasi pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA
Tips Cara Agar Baterai Baterai Hp Tidak Cepat Habis dan Tahan Lama
Label: agar, baterai, cara, cepat, dan, habis, hp, lama, tahan, tidak, tips
- Bagi pengguna ponsel, ketahanan baterai adalah satu hal yang sangat penting karena baterai merupakan nyawa dari ponsel. Sebaiknya pemakaian dan perawatan baterai harus kita perhatikan. Berikut adalah
Tips Cara Agar Baterai Baterai Hp Tidak Cepat Habis dan Tahan Lama
Berikut Blog info sajikan tips menghemat baterai pada ponsel
1. Install/ gunakan aplikasi sesuai kebutuhan, hilangkan jika memang tidak memerlukan sekali.
2. Selalu mematikan Bluetooth dan Wi-fi jika sudah selesai di gunakan
3. Jangan mengisi baterai dalam keadaan indikator baterai masih 50% atau lebih, hindari juga membiarkan sampai keadaannya 0%
4. Usahakan mengisi baterai dalam keadaan ponsel mati
5. Hindari menggunakan tampilan/wallpaper animasi atau gambar bergerak
6. Hindari menggunakan tampilan/wallpaper photo dengan ukuran dan resolusi yang besar ( High Resolution )
7. Kurangi derajat terang pada tampilan ( brightness )
8. Gunakan ringtones dengan durasi tidak terlalu panjang
9. Matikan bunyi-bunyian yang tidak perlu seperti bunyi keypad, kamera, bunyi flip saat di buka.
Sedikit tips di atas semoga bermanfaat

sumber : http://www.poetra-anoegrah.co.cc/2010/11/tips-menghemat-baterai-ponsel.html