Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label selepas. Tampilkan semua postingan

Calon PMR ambil periksa dalam wad selepas bersalin

. Jumat, 14 Februari 2014
0 komentar

Nor duduk di katil, ketika menjalani peperiksaan PMR di wad sebuah hospital.

KOTA BHARU - Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit di wad sebuah hospital...

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor,15, berkata, akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya yang dikenali dua tahun lalu, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.

Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan.

Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.

"Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.

"Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik daripada peperiksaan percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.

"Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu," katanya.

Nor berharap, selepas ini dia dapat meneruskan persekolahan dan menumpukan perhatian dalam pelajaran walaupun pernah terlanjur dan tidak mengulangi kesilapan lalu.
Read More..

Selepas bela perkauman Najib nak harmonikan pula

. Jumat, 27 Desember 2013
0 komentar

Harakahdaily 

Abdul Aziz Mustafa, 11 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Setelah menonjolkan dirinya sebagai Bapa Perkauman, dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk harmonikan isu-isu perkauman menambahkan lagi keyakinan rakyat bahawa beliau seorang pembohong.
 Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar malah menyifatkan Najib sebagai "lidah bercabang".
"Saya menyifatkan Najib sebagai "Bapa Perkauman kerana dialah yang mempertahankan laporan muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk yang nyata mengapi-apikan perkauman," katanya.
Selasa lalu, Utusan menampilkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" yang disepakati ramai sebagai mengapi-apikan perkauman.

Ironinya, kata Mahfuz, dengan sifat sebagai "Bapa Perkauman"  itulah Najib mendakwa dalam posting di Twitter beliau bahawa tugas beliau seterusnya ialah "mengharmonikan isu-isu perkauman".
"Bohong dan lidah bercabang.
"Adakah Najib fikir rakyat begitu bodoh untuk menerima Presiden Umno mengharmonikan hubungan antara kaum sedangkan beliau bukan sahaja tidak mengambil tindakan ke atas (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Umno, Perkasa, Utusan dan lain-lain pihak yang mengapi-apikan perkauman, malah membela pula laporan-laporan perkauman Utusan?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.
Malah, kata Mahfuz, rakyat tidak lupa laporan sebelum ini menyebut bahawa kandungan akhbar tersebut ditentukan oleh Biro Politik Umno.

Beliau juga mengecam sikap Umno terhadap kaum Cina.
"Bila mereka undi pembangkang, Umno tuduh kaum Cina rasis.
"Bila undi Barisan Nasional (BN) pula, Umno panggil kaum Cina sebagai pendatang pula.
"Apa yang Umno mahu?" Mahfuz mempersoalkan.
Malah, kata beliau, lagi, Umno juga mengkhianati orang-orang Melayu.
"Umno adalah mak cik listen yang garang kepada semua pihak dan hanya bersifat seperti gadis manja yang meliuk-liuk kepada tauke-tauke sahaja," katanya lagi.
Read More..