Tampilkan postingan dengan label ketika. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ketika. Tampilkan semua postingan
10 Hal Yang Dibawa Pengusaha Sukses Ketika Keluar Rumah
Label: 10, dibawa, hal, keluar, ketika, pengusaha, rumah, sukses, yang10 Hal Yang Dibawa Pengusaha Sukses Ketika Keluar Rumah
Sebagai seorang pengusaha sukses, tentunya Anda harus selalu memiliki inspiraso yang baik. Inspirasi tidak datnag begitu saja, kadang harus mencarinya. Tetapi kadang bisa didapatkannya kapan saja dan dimana saja tanpa di duga. Itulah sebabnya Anda harus mengandalkan kombinasi antara teknologi dan item praktis yang dapat Anda bawa kmana saja. Inilah beberapa item yang harus dibawa seorang pengusaha sukses.
1. Sesuatu Untuk Menulis
Sebagai pengusaha sukses, Anda harus selalu membawa sesuatu untuk menulis. Anda bisa membawa kertas dan pulpen ata iPad. Yang terpenting Anda dapat mencatat seluruh ide dan konsep Anda. Jangan anggap Anda dapat mengingatnya nanti, karena Anda pasti tidak akan mengingatnya serinci saat Anda memikirkannya.
2. Sebuah Buku
Jangan prnah meniggalkan rumah tanpa buku. Anda harus mencintai belajar. Itulah salah satu kunci agar Anda menjadi seorang pengusaha sukses.
10 Hal Yang Dibawa Pengusaha Sukses Ketika Keluar Rumah
3. Handphone
Handphone sangat berguna dimana dan kapan saja. Selain itu akan membuat Anda fokus bekerja saat Anda berada di tempat yang ramai. Serta handphone juga dapat membuat Anda santai saat anda sedang jenuh bekerja.
4. Smartphone
Dengan menggunakan smartphone, Anda dapat melakukan banyak hal dalam satu waktu. Seperti menelfon, sms, memeriksa kalender, memeriksa email, atau bahkan sekedar mengecek social network Anda.
5. Charger Smartphone
Seorang pengusaha sukses tidak akan pernah meninggalkan charger smartphonenya di rumah. . Baterai smartphone Anda tidak akan bertahan lama, oleh karena itu charger smartphone sangatlah penting untuk memastikan Anda dapat selalu mengakses smartphone Anda.
6.Backup Software
Contohnya saja jika Anda akan mengadakan presentasi atau seminar, sebaiknya Anda harus memikirkan backup software seperti mengirimkan file presentasi Anda ke orang yang mengurus acara Anda. Atau sekedar membawa external hard disk dan bahkan membawa mini projector milik Anda untuk berjaga-jaga apabila projector mereka mengalami kegagalan.
10 Hal Yang Dibawa Pengusaha Sukses Ketika Keluar Rumah
7.Digital Recorder
Ide datang kapan saja dan dimana saja. Dan terkadang ide tersebut tidak datang sendirian. Dalam arti kata, banyak sekali pengusaha sukses yang memikirkan ide lebih dari satu. Dengan adanya alat perekam di saku Anda, Anda akan selalu bisa merekam ide Anda dimanapun Anda berada. Terutama saat Anda di jalan. Setelah sampai di kantor, barulah Anda memindahkan rekaman tersebut ke komputer Anda, dan mendengarkan kembali ide-ide yang telah Anda rekam tadi.
8.Macbook Air
Macbook Air adalah salah satu pilihan teknologi yang dapat Anda bawa. Macbook air sangat ringan sehingga mudah Anda bawa kemana saja dalam tas Anda. itu akan membuat Anda bekerja lebih mudah.
9. Kartu Nama
Mengapa Anda harus selalu membawa kartu nama? Tentunya saja Anda tidak bisa memprediksi siapa yang akan Anda temui di jalan. Dengan adanya kartu nama, Anda dapat memberikan identitas dan contact person Anda kepada calon klien potensial.
10. Sebuah Rencana
Ini adalah hal yang paling penting. Anda tidak bisa meninggalkan rumah tanpa adanya sebuah rencana. Entah itu berbelanja, atau bertemu dengan klien saat makan siang. Sebuah rencana akan membuat hari Anda terarah. Setiap pengusaha sukses perlu orientasi terhadap perencanaan dan mengetahui apa yang akan dicapai. Tetapi itu tidak berarti Anda harus terpaku dengan rencana tersebut dan tidak melakukan improvisasi.
VIDEO Bergaduh Ketika Perlawanan
Label: bergaduh, ketika, perlawanan, videoSukan badminton mungkin dianggap sebagai sukan yang sukar untuk tercetusnya pergaduhan.
Lain pula halnya yang terjadi di Kejohanan Badminton Terbuka Kanada 2013 Ahad lepas.
Dua bekas pemain skuad Olimpik Thailand terlibat dalam satu pergaduhan ketika perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan itu yang diadakan di Vancouver, Kanada.
Pada kejadian itu yang kini menjadi antara video menarik di laman YouTube, pemain Thailand Bodin Issara dilihat mengejar bekas rakan beregunya Maneepong Jongjit sekeliling dewan kejohanan selepas berlaku insiden tidak memuaskan hati di antara mereka.
Kejadian itu kini disiasat oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Issara kemudian pantas ditenangkan oleh Jurulatih dan pegawai kejohanan manakala pasangan beregunya Pakkawat Vilailak membawa Jongjit yang sudah tidak berbaju jauh dari gelanggang.
Issara yang menerima dua jahitan akibat kejadian itu berkata Jongjit sebelum itu mula memukulnya dengan raket.
Bagamanapun, kedua-dua pemain ketika perlawanan sudah diberikan amaran oleh pengadil kerana saling mengeluarkan kata-kata kesat. di antara satu sama lain.
Jongjit dan pasangannya Nipitphon Puangpuapech juga dari Thailand diberikan kemenangan percuma selepas Issara diberikan Kad Hitam oleh pengadil.
Semalam BWF dalam satu kenyataan berkata kejadian itu akan disiasat oleh badan induk sukan itu mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mengatasi kejadian kontroversi seperti ini dan akan disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin.
Jongjit dan Issara ketika berpasangan berada pada rangking kelapan dunia dan telah berjaya layak ke peringkat Suku Akhir Sukan Olimpik 2012 di London.
Pasangan itu berpecah Januari lalu dan kemudian Issara mengumumkan persaraanya dalam dunia badminton sebelum kembali bertanding dengan pasangan beregu yang lain. – MyNewsHub
OLEH : IBNU K
Risau Diserang Asma Ketika Rakaman Fear Factor
Label: asma, diserang, factor, fear, ketika, rakaman, risau
PETALING JAYA – Pelakon dan ahli kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam risau diserang penyakit asma ketika menjalani penggambaran program Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan bermula 9 Oktober ini.
Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, jika penyakit itu menyerang dia bimbang akan menyusahkan pihak produksi selain mengganggu penggambaran yang dijangka selesai dalam masa dua minggu.
“Insya-Allah untuk menghadapi cabaran seperti berada di tempat tinggi atau dikurung bersama binatang berbisa mungkin tiada masalah tetapi saya cuma bimbang akan diserang asma.
“Bagaimanapun saya harap penggambaran itu nanti akan berjalan lancar dan dapat menyelesaikan semua cabaran dengan baik,” jelasnya kepada mStar Online.
Dalam perkembangan sama, Izzue berkata, walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni dia tetap mencuri masa untuk melakukan senaman sebagai persediaan menyertai program tersebut.
Jelas Izzue, dia banyak melakukan senaman di pusat kecergasan dan berjoging bagi patkan stamina sebelum menyertai Fear Factor.
“Ini adalah satu cabaran untuk saya dan walaupun sedikit gementar ia tidak mematahkan semangat untuk menyertai program tersebut dan persediaan fizikal amat penting,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai tuduhan kononnya dia menipu wang peminat dengan menjual telefon bimbit sebelum ini, Izzue menjelaskan dia tidak teragak-agak membuat laporan polis kepada pihak yang menggunakan namanya atas tujuan berkenaan.
“Saya masih boleh bersabar dan telah menjelaskan kepada peminat keadaan sebenar supaya mereka tidak tertipu dengan penjualan telefon bimbit yang menggunakan nama saya itu.
“Setakat ini tiada mangsa terbaharu yang tampil membuat aduan selepas tiga orang berbuat demikian sebelum ini dan jika ada saya sendiri akan membuat laporan polis,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Izzue akan kembali sibuk dengan aktiviti seninya dan selepas pulang dari Cape Town nanti. - mStar Online