Tampilkan postingan dengan label kencing. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kencing. Tampilkan semua postingan

Kes Kencing Tikus Semakin Membimbangkan

. Minggu, 23 Februari 2014
0 komentar

KOTA KINABALU – Sebanyak 18 kematian direkodkan daripada 1,768 kes jangkitan virus kencing tikus atau leptospirosis di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 1 Jun lepas yang memperlihatkan trend membimbangkan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rekod itu menunjukkan masalah infestasi tikus semakin meruncing dan harus diberi perhatian sewajarnya.

“Kes-kes yang dilaporkan Kementerian Kesihatan menunjukkan pada 2011 daripada 2,268 kes dengan 55 kematian meningkat kepada 3,665 kes (48 kematian) pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di pekan Menggatal, dekat sini hari ini.

Abdul Rahman berkata trend membimbangkan itu berikutan kesedaran menyeluruh mengenai penyakit Leptospirosis agak rendah di kalangan masyarakat yang mendorong kementerian melancarkan kempen bersepadu itu bagi membanteras infestasi tikus yang menyebabkan leptospirosis.

Katanya melalui kempen itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenal pasti kawasan infestasi tikus seperti pasar awam, kantin, dapur sekolah, kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan premis makanan untuk program gotong royong membersihkan kawasan.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan kempen ini kerana jika satu kedai dalam deretan tidak memainkan peranan, tikus yang berada di kedai itu akan pergi ke kedai-kedai lain,” katanya.

Abdul Rahman berkata tahap kebersihan premis-premis makanan juga akan digredkan untuk kemudahan pengguna.

Katanya pihak kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) juga sedang merangka garis panduan untuk diguna pakai PBT dalam menjalankan aktiviti kawalan tikus.

“Mesyuarat Negara bagi Kerajaan Tempatan (MKN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin akan diadakan minggu depan atau minggu selepas itu bagi membincangkan garis panduan berkenaan,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap beliau berkata kementerian memperuntukkan lebih RM3.2 juta untuk Program Kawalan Vektor termasuk kawalan tikus kepada PBT di seluruh negara.

Abdul Rahman berkata inisiatif kempen kawalan tikus itu turut membabitkan Kementerian Pelancongan di bawah 1Malaysia Clean, 1Malaysia Green sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 bagi mengekalkan keindahan dan kebersihan untuk manfaat bersama. – BERNAMA
Read More..

Trend Remaja Melayu Sambut ‘Birthday’ Dengan Air Kencing Setan!

. Minggu, 22 Desember 2013
0 komentar

APALAH nak jadi dengan anak muda Melayu zaman sekarang.

Nampaknya kini sudah seakan-akan menjadi trend dan ikutan di kalangan remaja Melayu Islam menyambut sambutan hari lahir dengan minuman keras dijadikan sebagai santapan.

Melalui gambar yang dikongsikan ini, dapat dilihat seorang remaja lelaki Melayu dan wanita bertudung bergambar bersama-sama kek serta sebotol arak di hadapan mereka.

Tak diketahui sama ada memang mereka memang meminumnya atau pun hanya sekadar props untuk menunjukkan tahap urban dan cool mereka kepada kawan-kawan di luar sana.

Perlu ke ada botol arak tu kalau tak diminum pun? Mesej apa yang dihantar kepada adik-adik yang lebih muda di luar sana?

Dan yang pakai tudung tu digalakkan terjun lombong pasal menyokong pasangan buat kerja bodoh.

Oleh:  AUDREY LEE
Read More..