Tampilkan postingan dengan label jenis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jenis. Tampilkan semua postingan

Rahsia disebalik jenis darah

. Jumat, 28 Februari 2014
0 komentar
Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O?

Adakah anda percaya jika dikatakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu?
Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

Red blood cells photo
Inilah rupabentuk darah manusia yang dilihat dibawah mikroskop.
JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.

Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


JENIS DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.

Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Anda percaya? Terpulanglah pada anda untuk menilainya sendiri…
Read More..

Foto Jenis Kadal Yang Unik

. Kamis, 27 Februari 2014
0 komentar
Foto Jenis Kadal Yang Unik - Kadal merupakan hewan yang telah lama menghuni bumi, merupakan satu keluarga dengan buaya sehingga umur kadal di bumi ini telah mencapai jutaan tahun lamanya. Perkembangan serta evolusi terjadi pada tubuh mereka sehingga mereka mampu bertahan hingga sekarang ini. Di dunia ini terdapat jenis kadal yang unik dan saya memiliki beberapa foto kadal unik tersebut. Ini dia Foto Jenis Kadal Yang Unik :

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Read More..

JENIS TANAMAN KRISAN

. Jumat, 06 Desember 2013
0 komentar
JENIS TANAMAN KRISAN - Budidaya Petani. Klasifikasi botani tanaman hiaskrisan adalah sebagai berikut:
  • Divisi : Spermathophyta
  • Sub Divisi : Angiospermae
  • Famili : Asteraceae
  • Genus : Chrysanthemum
  • Species : C. morifolium Ramat, C. indicum, C. daisy dll
Jenis & varietas tanaman krisandi Indonesia umumnya hibrida berasal dari Belanda, Amerika Serikat & Jepang. Krisan yg ditanam di Indonesia terdiri atas:
  1. Krisan lokal (krisan kuno) : Berasal dari luar negri, tetapi telah lama & beradaptasi di Indoenesia maka dianggap sebagai krisan lokal. Ciri-cirinya antara lain sifat hidup di hari netral & siklus hidup antara 7-12 bulan dalam satu kali penanaman. Contoh C. maximum berbunga kuning banyak ditanam di Lembang & berbunga putih di Cipanas (Cianjur).
  2. Krisan introduksi (krisan modern atau krisan hibrida) : Hidupnya berhari pendek & bersifat sebagai tanaman annual. Contoh krisan ini adalah C. indicum hybr. Dark Flamingo, C. i.hybr. Dolaroid,C. i. Hybr. Indianapolis (berbunga kuning) Cossa, Clingo, Fleyer (berbunga putih), Alexandra Van Zaal (berbunga merah) & Pink Pingpong (berbunga pink).
  3. Krisan produk Indonesia : Balai Penelitian Tanaman Hias Cipanas telah melepas varietas krisan buatan Indonesia yaitu varietas Balithi 27.108, 13.97, 27.177, 28.7 & 30.13A. 
Demikian artikel tentang JENIS TANAMAN KRISAN, semoga bermanfaat.
http://budidaya-petani.blogspot.com/2013/02/jenis-tanaman-krisan.html

Baca Juga:
HAMA & PENYAKIT KODOK
PEDOMAN TEKNIS BUDIDAYA KODOK 
PERSYARATAN LOKASI BUDIDAYA KODOK
Read More..